Thursday, June 9, 2011

Keajaiban Arah Lawan Jam II

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.


Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan


Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.
Sumber:http://azansubuhkhamis.blogspot.com

Keajaiban Arah Lawan Jam




Haji Suatu Ibadah Yang Unik (Ajaib)

Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.
tawaf
Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.

Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.

Wednesday, June 8, 2011

Hot Topics Physics SPM 2011

Setelah ditilik-tilik..ini adalah topik yang mungkin akan keluar dalam Physics SPM 2011 nanti...insyaallah...diharapkan pelajar lebih fokus kepada topik-topik ini...

1.2 Measurement
2.1 Linear Motion
2.2 Inertia
2.3 Momentum
2.4 The Effect of a Force
2.5 Impuls/Impulsive Force
2.6 Gravity
3.1 Pressure
3.3 Gas and Atmospheric Pressure
3.6 Bernoulli Principle
4.3 Specific Latent Heat
4.4 The Gas Laws
5.3 Total Internal Reflection
5.4 Lenses
1.2 Refraction of waves
1.3 Difraction of waves
1.7 Electromagnetic waves
2.4 EMF and Internal Resistance
2.5 Electrical energy and power
3.3 Electromagnetic induction
3.4 DC and AC
3.5 Transformers
4.1 Cathode ray oscilloscope
4.3 Transistors
5.2 Radioisotopes
5.4 Nuclear energy

Monday, June 6, 2011

10 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Tentang Tenaga Nuklear

  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

  1. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

Saturday, June 4, 2011

Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Johor

Pada 25 & 26 Mei 2011, SAKTI menyertai Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Johor dalam Pertandingan Rekacipta Dan Inovasi. SAKTI menghantar 2 pasukan berkumpulan.
1. CASSATOR ( CASSAUA ORGANIC INSULATOR )
    - ZAHIN ADIB BIN ABD RAJAT
    - MUHAMMAD ZULFADHLI BIN OTHMAN
    - MOHAMAD AMMAR BIN SHAPIEE
2. AFC ( AUTOFLIP CLOTHESLINE )
    - MUHAMAD SALMAN BIN AHMAD
    - WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN JAMBERI
Keputusan agak mengecewakan apabila hanya CASSATOR mendapat tempat Ke-3 keseluruhan dan Anugerah Emas, manakala AFC mendapat Anugerah Perak.
Terima kasih diucapkan terutamanya kepada Pn NorJaslina Ketua Bidang SC&MAte, Pn Rohiza, Pn Mazlena, En Habib dan En Mohd Ahir.




  




Friday, June 3, 2011

Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Kepada pelajar-pelajar yang gagal....
Study hard Time cuti ni....

Tingkatan 4
Tingkatan 5

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun SAKTI 2011

Soalan Beserta Skema Pemarkahan
Tingkatan 4
Tingkatan 5

Modul Tembak 32 Sakti Version 3

Kepada guru-guru atau pelajar... yang berminat dengan modul ini bolehlah download...
Semoga dengan modul ini dapat memberi sedikit kefahaman dalam teknik menjawab soalan Fizik dan seterusnya berupaya mendapat sekurang-kurangnya A- dalam Fizik...

Modul Tembak 32 Version 3
Skema Modul Tembak 32 Version 3

TAHNIAH!!!

Kepada Cikgu Mohd Ahir dan Cikgu Mazlena.. di atas kenaikkan pangkat Guru Cemerlang Fizik
Semoga Kecemerlangan Anak Murid dan Sekolah diteruskan.....

Kepada Tuan Pengetua (Hj hassan Topit), Guru-guru Cemerlang SAKTI, Ketua Bidang Sains dan Matgematik ( Pn Jaslina), Guru-guru dan pelajar-pelajar (terutamanya kelas 4 Intan dan 4 Baiduri 2010).. diucapkan Jutaan Terima Kasih atas segala bentuk bantuan dan sokongan....

Wednesday, May 18, 2011

Kebitaraan Sekolah - Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Pada 16 Mei 2011, SAKTI didatangi oleh 5 orang Nazir bagi memantau Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Di antara yang dilihat adalah Fizik sebagai Kebitaraan Sekolah dan selain itu adalah Kawad Kaki KRS. Semoga SAKTI akan diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Amin


Pemplet Fizik Sebagai Kebitaraan Sekolah