- Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)
- Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.
- Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.
- Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.
- Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.
- Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.
ingin tahu lebih lanjut sila klik link ini;:)
credit to majalahsains.com
No comments:
Post a Comment