Thursday, April 4, 2013

2 Pelajar SAKTI antara Penerima Biasiswa Nasional

Tahniah!!!
Goh Wen Jun dan Zahin Adib Abd Rajat..
2 orang daripada 50 pelajar penerima Biasiswa Nasional yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan.
Kami Bangga dengan Anda....
Kepada yang lain....mereka ini boleh lakukan...
Kita Bagaimana????


Pamplet Panatia Fizik SAKTI



Tuesday, April 2, 2013

Keputusan Fizik SPM 2012

Pencapaian Fizik SAKTI amat dinantikan kerana Matapelajaran ini merupakan Kebitaraan Sekolah. Pada 21 Mac yang lalu...agak sedih dan kecewa di hati Cg Ahir kerana pencapaiannya tidak memecahkan rekod SPM 2009 dan tidak berada dalam kelompok TOP 10 Kebangsaan. Namun semangat yang ditunjukkan oleh pelajar PARAGON95 perlu dipuji kerana kegigihannya jelas secara keseluruhan....kita telah berusaha sehabis baik..tetapi takdir menentukan segalanya.....
 





Calon

A+
  A

A-

T

B+

B

T

C+

C

T

D

E

T

G

GPK

142

25
  17

38

80

23

21

44

11

7

18

 

 

0

 

2.42

Menduduki Tangga ke-12 antara 60 buah SBP Kebangsaan....
Bagi pelajar yang tidak mendapat A cikgu minta maaf...berusahalah lebih gigih di peringkat yang seterusnya....kerana KEGIGIHAN adalah kunci Kejayaan....

Download...
Keputusan Individu Fizik
Ranking Fizik SBP
Keputusan Individu Semua Subjek
Analisa Subjek
Analisa SBP



SAKTI di World Robot Olympiad, Kuala Lumpur

Pasukan Robotik SAKTI berjaya mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad dalam kategori Menengah Rendah. Jumlah negara yang terlibat sebanyak 32 Negara dengan jumlah 76 Pasukan.
Dalam pusingan kelayakkan Pasukan SAKTI berjaya menjadi 8 pasukan terbaik untuk memasuki Quarter Final. Dalam pusingan ini SAKTI gagal menempa kejayaan dan hanya mampu untuk Meraih TEMPAT KE-5. pasukan pelajar terdiri daripada
1. Muhammad Khuzairi B. Amir Hamzah
2. Muhammad Aiman Hafiz Bin Mohd Nazri
3. Mohammad Harith Bin Fadzil







 
 

Tuesday, October 9, 2012

SPM Physics A+ 2012

mari berkongsi....

Download
Modul Tembak 32
Soalan Ramalan 2012
Modul Perfect Score SBP 2012
Soalan Trial SBP 2012
Soalan Trial Johor (kota tinggi)


Semoga berguna untuk semua....jika ada masalah blehla kasi email....

links koleksi soalan trial SPM:
http://banksoalanspm.blogspot.com/
http://edu.joshuatly.com/
http://www.bumigemilang.com/

Belajar Fizik :
http://www.physics4spm.com/

Program Pengantarabangsaan

SAKTI telah mengadakan Program Pengantarabangsaan dengan Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia pada 29 Sept-3 Okt 2012. Seramai 5 guru dan 15 pelajar terlibat.


Pertandingan Robotik LEGO Kebangsaan

SAKTI mewakili negeri Johor ke National Robotic Competition pada 24-26 September di The Zone Regency Hotel, Johor. 2 pasukan SAKTI iaitu satu dalam Robot Columbus(menengah rendah) dan 1Vangogh(menengah atas). Sebanyak 15 zon yang mengambil bahagian.

SAKTI telah berjaya mendapat Excellent Award dan berjaya Melayakkan diri atau mewakili MAlaysia ke Wolrd Robotic Olympiad di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Excellent Award
 

Sekilas Program Fizik SAKTI

Program Perfect Score SBP Zon Selatan
pada 24-26 Sept 2012 di Pusat Sukan Air dan Udara, Desaru
 
Program Physics Windows of Understanding
 
Program Guru Muda Fizik
 
Seminar Kerjaya Fizik oleh Dr Nor Asiah daripada
Universiti Teknologi Malaysia pada 2 Sept 2012
 
Bengkel Teknik Menjawab Kertas 3 oleh
Cik Nurul Hadiyati pada 29 Julai 2012

HongKong Robotic Olympiad

Pada 2 hingga 6 Ogos 2012, SAKTI telah mewakili Malaysia keThe International Robotic Olympiad dan mengadakan Program Jaringan dengan Carmel Divine Grace Foundation Secondary School. 3 sekolah yang menyertainya iaitu di ketuai oleh SM Sains Johor, Kolej Tunku Kursiah Dan SM Sains Kota Tinggi.
Dalam pertandingan (44 kategori) tersebut SAKTI gagal mendapat sebarang tempat di mana kesemuanya  dimonopoli oleh pasukan Thailand.
Di kesempatan ini SAKTI ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Cg. Nurkhairi daripada SM Sains Johor kerana banyak membantu SAKTI bagi menyertai pertandingan ini.






Saturday, June 30, 2012

Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah

Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Kota Tinggi telah dijalankan pada 29 dan 30 JUN 2012. SAKTI telah menghantar pasukan bagi pertandingan

1. Roket Air Menengah Atas
2. Roket Air Menengah Rendah
3. Solar Car
4. Solar Boat
5. Inovasi
6. Saintis Muda
7. Topik Sains

Jumlah pertandingan pada tahun ini dikurangkan kerana melibatkan kos.huhu...

Keputusan Pertandingan


BIL
Pertandingan
Keputusan
1
Roket Air Menengah Atas
NAIB JOHAN
2
Roket Air Menengah Rendah
JOHAN
3
Solar Car
KETIGA
4
Solar Boat
KEEMPAT
5
Inovasi
JOHAN
6
Saintis Muda
KETIGA
7
Topik Sains
NAIB JOHAN