Thursday, June 9, 2011

Keajaiban Arah Lawan Jam




Haji Suatu Ibadah Yang Unik (Ajaib)

Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.
tawaf
Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.

Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.

Ibadah haji bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim AS dan amalan haji yang kita lakukan sehingga kini adalah juga amalan berupa fizikal. Dan setiap amalan itu membawa maksud yang tersendiri sehinggalah kepada displin yang ketat supaya rukun-rukun haji tidak dilanggar serta ada hukumannya. Hukuman (dam) itu pula tidak boleh ditangguhkan selepas habis musim haji.
Selain keajaiban bertawaf tadi yang memenuhi fitrah manusia, berkumpul di Arafah pula umpama gambaran awal perkumpulan lautan manusia di Padang Mahsyar kelak, di mana tiada beza antara golongan kaya dengan yang miskin, yang berkuasa dengan rakyat dan sebagainya. Tiada harta ataupun pangkat yang dibawa, malah pakaian kaum lelaki sangat daif iaitu tanpa dijahit dan tidak boleh pula menutup kepala. Pakaian yang tidak dapat membezakan mana yang berpangkat atau tidak. Semuanya sama di sisi Allah SWT. Fitrah manusia lahir, tetap sama, lahirnya tanpa pakaian, tanpa pangkat, tanpa kedudukan dan yang pasti semua dari kita akan kembali kepadaNya tanpa diiringi oleh jurai-jurai dunia.
wukuf 
Wukuf di Arafah menginsafkan jemaah haji suasana di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat kelak, di mana tiada perbezaan antara manusia dari segi rupa, pakaian, harta, pangkat, status dan sebagainya
.
Tidak sah sembelihan korban jika dilakukan di luar bulan haji sebagai menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan ibunya Hajar yang merelakan suaminya memenuhi perintah Allah SWT. Mengorbankan yang dikasihi dan disukai demi perintah yang jelas.
Oleh: Dr Yusof Abbas, Timbalan YDP ISMA Cawangan Port Dickson
Sumber: Blog Dr Yusof Abbas

No comments:

Post a Comment