Wednesday, June 29, 2011

Sains dalam Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Berpuasa Banyak hikmahnya..Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)
Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.
Ramadhan yang panas terik

Ramadhan daripada perkataan ‘ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.
Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut, semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang yang berpuasa.
Kelebihan bulan Ramadhan:
1. Bulan untuk berpuasa
al-baqarah
2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.
3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.
Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.
4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.
5. Bulan penghapus dosa
Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)
6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.
7. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.
8. Bulan taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.
Kenapa perlu berbuka dengan kurma?
kurma
Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.
Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.
Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.
Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.
Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.
Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat. 

Di petik dari:http://islam.sukeri.com

Monday, June 27, 2011

Perkembangan Teknologi Pengimejan Dalam Perubatan

Oleh : Ashrani Aizuddin Abd. Rahni
University of Surrey, UK
Ramai yang mengetahui secara umum alat pengimejan bioperubatan (biomedical imaging) dan mungkin pernah melalui prosedur yang menggunakan alat tersebut seperti imbasan Sinar-X dan juga ultrasound. Namun mungkin tak ramai yang mengetahui dengan mendalam tahap teknologi yang membolehkan alat tersebut berfungsi, manfaat yang diperolehi daripadanya serta perkembangan peralatan  sedemikian yang merupakan gabungan pelbagai disiplin bidang sains dan teknologi dalam penciptaannya. Dalam artikel ini saya akan menjelaskan secara ringkas tentang teknologi pengimejan dalam perubatan, yang lazimnya disebut sebagai radiologi. Istilah radiologi digunakan disebabkan teknologi ini melibatkan penggunaan radiasi. Walaubagaimanapun tidak  semua radiasi bersifat mengion seperti Sinar-X. Contohnya seperti radiasi ultrasound dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang tidak bersifat mengion.

Diagnosis Secara Kurang Invasif

Antara manfaat umum terbesar pengimejan perubatan adalah membolehkan diagnosis dilakukan tanpa sebarang prosedur yang memerlukan pembedahan. Sebelum adanya teknologi tersebut, diagnosis hanya dapat dibuat secara tidak langsung melalui gejala atau  simptom penyakit ataupun melalui biopsi (analisis sampel daripada badan). Kadangkala situasi keadaan badan yang tidak normal hanya diketahui setelah melalui sesuatu pembedahan. Diagnosis sedemikian masih wujud dan masih digunakan, namun pengimejan bioperubatan membolehkan penyakit kronik seperti kanser diketahui lebih awal.
Sinar-X Pencetus Revolusi

Pengimejan bioperubatan moden boleh dikatakan bermula dengan penemuan Sinar-X oleh W. C. Roentgen pada tahun 1895 (Sinar-X juga dinamakan Sinar Roentgen). Sinar-X adalah gelombang elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang antara 0.01 hingga 10 nanometer (nm) dan tenaga antara 120 voltan elektron (eV) hingga 120 (keV). Maka dari segi panjang gelombang ia berada antara Sinar Gamma yang lebih bertenaga dan Sinar Ultraungu (UV). Penemuan ini melayakkan Roentgen menerima Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik pada tahun 1901.

Sinar-X yang digunakan untuk tujuan pengimejan bioperubatan adalah sinar ’berkekuatan tinggi’ yang mempunyai tenaga antara 12 hingga 120 keV. Pengimejan Sinar-X lazimnya dibuat dengan satu sumber sinaran dan pengesan terdiri daripada filem foto, sintilator ataupun yang terkini diod semikonduktor. Bahagian badan yang lebih tumpat seperti tulang akan kelihatan lebih cerah kerana lebih menyerap Sinar-X sebaliknya bahagian yang kurang tumpat seperti otot, lemak dan udara akan kelihatan gelap. Proses ini juga disebut sebagai radiografi unjuran kerana imej tulang dan organ akan bertindih antara satu sama lain.
Variasi pada radiografi adalah flouroskopi di mana imej unjuran dibentuk pada pengesan yang terdiri daripada paparan flourescent. Proses ini ditemui oleh Roentgen pada 8 November 1895. Imej akan sentiasa terbentuk maka ia seolah-olah adalah suatu ‘wayang’ Sinar-X. Seterusnya Thomas Edison mencipta flouroskop pertama yang dipasarkan. Penciptaan kamera TV menggantikan paparan flourescent pada tahun 1950-an. Flouroskop terkini menggunakan kamera video berasaskan Charge Couple Device (CCD) dan membolehkan imej dimanipulasi secara digital. Flouroskopi biasanya digunakan bersama ejen kontras untuk melihat bahan tersebut dibawa di dalam badan. Prinsip sama juga digunakan di dalam angiografi di mana satu kateter (catheter) halus dimasukkan ke dalam saluran darah, bagi mengesan saluran darah menggunakan Sinar-X.
Proses pengimejan Sinar-X

Contoh imej Sinar X
Angiogram menunjukkan saluran darah di sekitar otak
Pengimejan Fungsi Badan

Pengimejan berasaskan Sinar-X hanya menghasilkan imej yang menyifatkan tubuh badan dari segi struktur. Pengesan Sinar-X memberi maklumat dos Sinar-X yang diserap oleh tisu-tisu berbeza di dalam badan. Ada kemungkinan adanya tisu yang berfungsi secara berbeza tetapi kelihatan sama dalam imej Sinar-X. Jika ada tisu yang berfungsi secara luar biasa akibat penyakit, maka adalah perbezaan ini dapat dikesan. Ini adalah tujuan utama pengimejan perubatan nuklear, iaitu untuk membentuk imej dimana tisu yang berbeza fungsi dapat dikenal pasti.


Radionuklida Buatan Pencetus Perubatan Nuklear

Perubatan nuklear melibatkan sumbangan daripada saintis dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan perubatan. Bidang perubatan berasaskan teknologi nuklear boleh dikatakan bermula dengan penemuan dan hipotesis bahawa bahan seperti aluminium boleh diubah supaya ia membebaskan radiasi. Ia dinamakan radionuklida buatan (artificial radionucleid) dan penemuan ini diterbitkan oleh pasangan Frederic dan Irene Joliot-Curie pada bulan Februari 1934 dalam penerbitan jurnal terkenal iaitu Nature. Mereka mendapat inspirasi dari kajian terdahulu yang dimulakan oleh Roentgen, H. Becquerel dan ibu-bapa Irene sendiri iaitu pasangan Pierre dan Irene Curie. Becquerel dan pasangan Curie telah menerima hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1903. Pasangan Joliot-Curie mengulangi pencapaian ibu-bapa dan mertua dengan penerimaan hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1935 atas penemuan radionuklida buatan tersebut.


Konsep Perubatan Nuklear

Berbeza dengan pengimejan Sinar-X, di dalam perubatan nuklear, sumber radiasi adalah suatu radionuklida yang disuntikkan kedalam badan. Tisu yang aktif akan menyerap radionuklida tersebut seterusnya membebaskan Sinar Gamma. Detik-detik pembebasan Sinar Gamma ini akan dikesan dengan lebih teliti berbanding pengesan dalam mesin Sinar-X. Ini kerana jumlah sinaran yang dibebaskan pada satu-satu masa adalah jauh lebih sedikit.

Antara radionuklida yang terawal digunakan adalah iodin-131. Ia telah dipopularkan oleh sebuah rencana dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada 7 Disember 1946 tentang rawatan metastasis kanser kelenjar tiroid pada seorang pesakit. Seterusnya technetium-99m yang ditemui pada tahun 1937 mula dipopularkan pada tahun 1960-an dan menjadi radionuklida yang paling banyak digunakan dalam perubatan nuklear sehingga hari ini. Seperti radiografi unjuran menggunakan Sinar-X, dalam pengimejan perubatan nuklear terdapat sebuah pengesan yang dipanggil kamera sintilasi/gamma. Kamera gamma tercipta pada tahun 1960-an oleh H. Anger, yang membawa kepada nama alternatifnya sebagai kamera Anger. Proses pembentukan imej ini dinamakan sebagai sintigrafi (scintigraphy). Ia juga merupakan imej unjuran, maka imej tisu-tisu yang menyerap radionuklida akan bertindih antara satu sama lain.

Sintigraf kalenjar tiroid menggunak iodin-123

Pengimejan 3 Dimensi

Radiografi dan sintigrafi seperti yang dijelaskan sebelum ini adalah merupakan pengimejan dua dimensi, di mana unjuran dibuat ke atas satu satah. Seperti yang diperkatakan, imej yang diambil akan bertindih di dalam dimensi ketiga (lazimnya daripada depan ke belakang badan). Untuk membolehkan imej badan dihasilkan dengan lebih jelas, ia perlu dibuat dalam 3 dimensi, dan ia boleh dilakukan dengan proses yang dinamakan tomografi.


Tomografi Terhitung (Computed Tomography)

Dalam Tomografi Sinar-X, pasangan sumber dan pengesan Sinar-X berputar dalam bulatan sekeliling pesakit. Melalui pemprosesan Sinar-X yang dikesan, imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dihasilkan. Apabila satah-satah berlainan disusun, suatu imej 3 dimensi dapat dibentuk.

Pemprosesan yang diperlukan dalam tomografi telah dapat dilakukan dengan lebih mudah sejak munculnya komputer pada tahun 1960-1970 dan ini membawa kepada penamaan proses ini sebagai tomografi terhitung (computed tomography – CT). Teori asas CT telah diterbitkan oleh A. M. Cormack, seorang ahli fizik zarah pada tahun 1963 (sebenarnya asas matematik tomografi telah dibuat oleh J. Radon pada tahun 1917 tetapi hanya dikembangkan oleh Cormack pada tahun 1972). Aplikasi teori tersebut dibuat oleh G. Hounsfield, seorang jurutera. Ciptaannya membolehkan imbasan CT pertama dibuat di Hospital Atkinson Morley di London pada 1 Oktober 1971 keatas seorang pesakit yang mempunyaan ketumbuhan di otak. Hounsfield seterusnya mencipta mesin CT yang dapat mengimbas keseluruhan badan seseorang pesakit. Usahasama Cormack dan Housfield melayakkan mereka menerima hadiah Nobel dalam bidang fisiologi/perubatan pada tahun 1979. Sehingga kini, keamatan atau intensiti imej CT diukur dalam unit Hounsfield, sempena pencipta teknologi tersebut.
Pengimejan menggunakan tomografi
Imej pada satah bulatan selepas diproses
Single Photon Emmision Computed Tomography (SPECT)

Di dalam bidang perubatan nuklear, tomografi turut digunakan oleh D.E. Kuhl pada tahun 1960-an untuk membentuk imej. Dengan memutarkan sebuah pengesan (yang sama  dengan kamera gamma) dalam bulatan sekitar pesakit, imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dibentuk dan seterusnya satah-satah berlainan disusun untuk membentuk imej 3 dimensi. Ini dinamakan Tomografi Terhitung Pembebasan Foton Tunggal (single photon emission computed tomography – SPECT).

SPECT
Positron Emmision Tomography (PET)

Pada masa yang sama, Kuhl turut menggunakan radionuklida yang membebaskan positron (anti-zarah kepada elektron). Apabila positron bertemu dengan elektron, ia akan membentuk positronium sementara dalam suatu tempoh, sebelum kedua-duanya akan saling memusnah atau membinasa antara satu sama lain. Pembinasaan ini membebaskan dua foton sinar gamma pada arah yang bertentangan antara satu sama lain. Kedua-dua foton ini akan dikesan oleh dua pengesan yang bertentangan pada bulatan sekitar pesakit. Seterusnya pemprosesan secara tomografi dibuat untuk membentuk imej. Walau bagaimanapun, disebabkan adanya dua sinar gamma dibebaskan pada arah bertentangan daripada satu-satu lokasi, penganggaran lokasi tisu yang menyerap radionuklida tersebut adalah lebih jitu berbanding dengan SPECT. Kaedah ini dinamakan Tomografi Pembebasan Positron (positron emission tomography – PET).
PET

Penutup

Rencana ringkas ini memberikan penjelasan sepintas lalu tentang perkembangan pengimejan bioperubatan merentasi jangka masa hampir seabad bermula dengan penemuan Sinar-X pada hujung abad ke-19 hingga tahun 1970-an. Dekad tersebut juga menjadi satu titik penting dalam perkembanga kaedah pengimejan moden iaitu Magnetic Resonance Imaging (MRI). Sonografi diagnostik (ultrasound) juga sudah makin meluas di pasaran pada dekat itu. Kedua-dua kaedah pengimejan ini berbeza daripada pengimejan berasaskan sinar-X dan pengimejan nuklear dimana MRI dan sonografi tidak menggunakan radiasi mengion. InsyaAllah dalam siri rencana akan datang saya akan menyelami kedua-dua kaedah pengimejan tersebut di samping perkembangan pengimejan pelbagai modaliti yang menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengimejan bioperubatan.
Catatan :// Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), Fakulti Kejuruteraan UKM yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di University of Surrey, United Kingdom

credit:MajalahSains.com

Thursday, June 9, 2011

Misteri Golden Ratio

Golden Ratio ini adalah suatu ratio di mana nilai ratio jumlah 2 kuantiti kepada kuantiti yang lebih besar adalah sama dengan nilai ratio kuantiti yang lebih besar itu kepada kuantiti yang lebih kecil. Rajah di bawah ini mungkin membantu untuk senang difahami.

Ratio ini menghasilkan satu nilai konstan iaitu 1:1.6180339887.

Golden Ratio ini juga dikenali juga dengan nama lain seperti extreme and mean ratio, medial section, divine proportion, divine section (Latin: sectio divina), golden proportion, golden cut, golden number, dan mean of Phidias. Ia diwakilkan dengan simbol Greek phi, iaitu (φ).

Nombor Fibonacci

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, …

Golden Ratio ini juga dapat diperhatikan dalam nombor Fibonacci seperti yang tertera di atas.

233 / 144 = 1.618
377 / 233 = 1.618
610 / 377 = 1.618
987 / 610 = 1.618
1597 / 987 = 1.618
2584 / 1597 = 1.618

Apabila kita membahagikan sesuatu nombor dengan nombor sebelumnya, maka kita akan mendapat hasil 1.618.

Golden Ratio dan Kita

Sama ada kita perasan atau tidak, Allah sebenarnya menjadikan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain dalam Golden Ratio ini. Lihatlah gambar-gambar ini semua.


Golden Ratio dapat diperhatikan dalam anggota badan


Golden Ratio pada muka


Golden Ratio pada telinga

Golden Ratio pada gigi.



Pada burung, semut, bunga, ECG dan lain-lain...

Pada DNA


Pada broccoli

Pada pine cones

Lihatlah, Allah menjadikan banyak makhluknya dalam Golden Ratio, di mana di sana letaknya nilai kecantikan. Sesungguhnya Allah sangat suka pada kecantikan. Maka bersyukurlah kepada Allah kerana kita dijadikan cantik sekali.

Dan berdasarkan kecantikan Golden Ratio inilah Leonardo Da Vinci menghasilkan potret Mona Lisa...

Serta seni bina juga dihasilkan mengikut Golden Ratio...

Piramid...


Golden Parthenon...

Golden Ratio dan Makkah

Paling menarik, Kota Suci umat Islam, Makkah berada pada titik Golden Ratio dunia! Lihat gambar di bawah.

Dan yang bertambah menarik ialah terdapat suatu ayat al Quran dalam surah Ali Imran yang berbunyi;

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ

‎"Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia, ialah (Baitullah) di Mekkah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam" (3:96)

Jika kita mengira jumlah huruf dalam ayat ini ialah sebanyak 47 huruf (huruf syaddah dikira sebagai 2). Apabila kita mengira nilai Golden Ratio daripada nilai 47, ia jatuh pada kalimah Makkah.

47/ 1.618= 29.0

Ini bertepatan dengan jumlah huruf dari awal hingga perkataan بِبَكَّةَ adalah sebanyak 29.

Subhanallah!!
Sumber:http://azansubuhkhamis.blogspot.com

Keajaiban Arah Lawan Jam II

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.


Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan


Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.
Sumber:http://azansubuhkhamis.blogspot.com

Keajaiban Arah Lawan Jam




Haji Suatu Ibadah Yang Unik (Ajaib)

Satu artikel yang ditulis oleh seorang pakar masakan telah menyebutkan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan putaran jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing mentari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.
Sila amati sukan olahraga balapan, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik ikut larian lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH.
tawaf
Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan melawan arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi.

Dengan memenuhi fitrah manusia, Allah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan, iaitu sama dengan sa’i yang juga 7 kali ulang-alik. Tujuh merupakan nombor ganjil, yang ganjil itu pilihan Allah. Langit itu 7 lapis, bumi pula dicipta selama 7 hari.

Wednesday, June 8, 2011

Hot Topics Physics SPM 2011

Setelah ditilik-tilik..ini adalah topik yang mungkin akan keluar dalam Physics SPM 2011 nanti...insyaallah...diharapkan pelajar lebih fokus kepada topik-topik ini...

1.2 Measurement
2.1 Linear Motion
2.2 Inertia
2.3 Momentum
2.4 The Effect of a Force
2.5 Impuls/Impulsive Force
2.6 Gravity
3.1 Pressure
3.3 Gas and Atmospheric Pressure
3.6 Bernoulli Principle
4.3 Specific Latent Heat
4.4 The Gas Laws
5.3 Total Internal Reflection
5.4 Lenses
1.2 Refraction of waves
1.3 Difraction of waves
1.7 Electromagnetic waves
2.4 EMF and Internal Resistance
2.5 Electrical energy and power
3.3 Electromagnetic induction
3.4 DC and AC
3.5 Transformers
4.1 Cathode ray oscilloscope
4.3 Transistors
5.2 Radioisotopes
5.4 Nuclear energy