Saturday, June 30, 2012

National Robotic Competition

Pada 24 Jun yang lepas...SAKTI menghantar 4 pasukan menengah rendah dan 4 pasukan menengah atas ke Pertandingan Robotik peringkat Negeri Johor. SAKTI dicabar oleh 91 pasukan menengah atas dan 89 pasukan menengah rendah seluruh negeri johor. Bagi acara terbuka SAKTI tidak dapat menyertai kerana set NXT yang tidak mencukupi. Dengan 8 set pada tahun ini dan latihan hampir 2 bulan SAKTI mampu untuk memecahkan monopoli oleh sekolah ternama dalam Robotik iaitu SMK Bandar Putra dan SMK Tinggi Batu pahat.

Dalam Pertandingan tersebut SAKTI berjaya mendapat

1. Naib Johan Kategori Menengah Rendah
2. Tempat Ketiga Kategori Menengah Atas

Dengan kemenangan ini SAKTI berjaya layak untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan pada bulan 9 nanti.




                                     


No comments:

Post a Comment