Saturday, June 30, 2012

Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah

Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Kota Tinggi telah dijalankan pada 29 dan 30 JUN 2012. SAKTI telah menghantar pasukan bagi pertandingan

1. Roket Air Menengah Atas
2. Roket Air Menengah Rendah
3. Solar Car
4. Solar Boat
5. Inovasi
6. Saintis Muda
7. Topik Sains

Jumlah pertandingan pada tahun ini dikurangkan kerana melibatkan kos.huhu...

Keputusan Pertandingan


BIL
Pertandingan
Keputusan
1
Roket Air Menengah Atas
NAIB JOHAN
2
Roket Air Menengah Rendah
JOHAN
3
Solar Car
KETIGA
4
Solar Boat
KEEMPAT
5
Inovasi
JOHAN
6
Saintis Muda
KETIGA
7
Topik Sains
NAIB JOHAN

National Robotic Competition

Pada 24 Jun yang lepas...SAKTI menghantar 4 pasukan menengah rendah dan 4 pasukan menengah atas ke Pertandingan Robotik peringkat Negeri Johor. SAKTI dicabar oleh 91 pasukan menengah atas dan 89 pasukan menengah rendah seluruh negeri johor. Bagi acara terbuka SAKTI tidak dapat menyertai kerana set NXT yang tidak mencukupi. Dengan 8 set pada tahun ini dan latihan hampir 2 bulan SAKTI mampu untuk memecahkan monopoli oleh sekolah ternama dalam Robotik iaitu SMK Bandar Putra dan SMK Tinggi Batu pahat.

Dalam Pertandingan tersebut SAKTI berjaya mendapat

1. Naib Johan Kategori Menengah Rendah
2. Tempat Ketiga Kategori Menengah Atas

Dengan kemenangan ini SAKTI berjaya layak untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan pada bulan 9 nanti.




                                     


New Deal 2012

SAKTI berjaya mendapat new deal 2012...huhu...dapat duit...yea..yea...

Amphibious Electric Vehicle Competition

Pada 23 Jun 2012 bertempat di Pesada Johor, SAKTI telah menghantar 2 pasukan ke Amphibious Electric Vehicle Competition peringkat Negeri Johor. Pertandingan ini buat kali pertamanya diadakan bermula pada tahun ini. Dalam pertandingan ini kedua-dua pasukan SAKTI berjaya menang untuk pusingan pertama. namun begitu pada pusingan seterusnya SAKTI gagal memenanginya....takper...tahun depan cuba lagi...




Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Johor anjuran Universiti Malaya, Mosti dan Angkasa berjaya dianjurkan pada 12-14 Jun 2012 bertempat di ADTEC, Batu Pahat. SAKTI menghantar pasukan mewakili daerah Kota Tinggi bersama-sama dengan SMK Taman Kota Jaya dan SMK Seri Aman. seramai 29 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaiitu kategori sasaran, paracut, persembahan dan terbuka.

SAKTI berjaya menjadi Johan Kategori Sasaran dan Ketiga Keseluruhan.