Monday, July 25, 2011

Robotik Peringkat Negeri Johor

Team Robotik SAKTI Gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor yang diadakan pada 21 Jul 2011 bertempat di SMK Bandar Tenggara. Sakti menghantar 2 pasukan Robot Recyler yang diwakili oleh :

Bil
Nama
1
MUHAMMAD FAREED B. MOHAMED HISHAM
2
ZUL KHIDIR B. MOHD ROBAI
3
MUHAMMAD SYAFIQ B. SADILAH
4
MUHAMMAD ZULFADHLI B. OTHMAN
5
MUHAMMAD UMAR B. ABD AZIZ
6
MUHAMMAD NAIEM BIN ROSLEE






 

Membina Kapalterbang RC

Bengkel Kemahiran & Inovasi Sosial (membina Kapal Terbang) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi bagi penganugerahan Anugerah Remaja Perdana telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru pada 15-16 Julai 2011.
Seramai 40 orang pelajar dari SAKTI terlibat. Pelajar didedahkan degan Peralatan Remote Control, Rekacipta Kapal Terbang, Asas Penerbangan dan Latihan Asas Penerbangan.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Kota Tinggi, En Zazali Bin Zahari (Pengurus Kompleks KRMSAU), En Zulkifli bin Pilos (Pegawai Belia dan Sukan KT), En Razak (Pegawai Belia dan Sukan KT, Sukarelawan, Cg Ghaffar, Cg Ahir dan Cg Herman serta Pelajar2..





Monday, July 4, 2011

Toman Sg Lebam and Physics

Pada 2-4 Jul 2011, saya berkesempatan bercamping bersama pelajar-pelajar SAKTI yang diketuai oleh En Aziz Husin GPK HEM SAKTI di Empangan Sg Lebam. Jarak tempat ini dari sekolah sejauh 25 KM. Dengan menaiki Honda EX-5, saya terpaksa menempuh jalan Ladang Kelapa Sawit sekitar 8 KM.
Keindahan SG Lebam
Jalan yang hampir berbatu memerlukan Suspensen Motor yang sangat baik. Spring Constant dan elasticity yang bersesuaian sangat penting bagi memastikan punggung tidak sakit. Jika elasticity spring yang terlalu rendah akan menyebabkan hentakan sedikit dan getaran yang tinggi juga akan merosakkan absorber motor.

Pengalaman menaikkan toman 1.2 kg amat menyeronokkan. Konsep "Newton Second and Third Law" diperlukan. Force dari garauan Mesin Gewang dikenakan(Newton First Law) bagi menaikkan ikan toman. Namun any Action Mesti ada reaction(Newton Third Law)...Jika daya yang dikenakan oleh pemancing dan toman masing-masing tinggi (Equilibrium), boleh menyebabkan tension terhasil pada tali dan mungkin tidak dapat ditampung oleh tali menyebabkan tali akan terputus.Justeru pemancing terpaksa beralah..melonggarkan tali.....sehinggalah toman menjadi lemah (force made by toman decrease)...
 Cg Aziz dan Cg Hisyam Noh memberi penerangan tentang orentering
Toman 1.2 kg dinaikkan Oleh Cg Mohd Ahir.

Saturday, July 2, 2011

Pertandingan Inovasi Sempena Karnival Biotek Johor

Pada 23 - 26 JUN 2011, SAKTI telah menyertai pertandingan Inovasi sempena Karnival Biotek Johor
Pertandingan di adakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.Bagi pertandingan ini sebanyak 7 pasukan dari seluruh daerah Negeri Johor telah menyertainya.SAKTI telah mempertaruhkan sekali lagi CASSATOR(CASSAVA ORGANIC INSULATOR )

 
BOOTH CASSATOR
PEMBENTANGAN KEPADA HAKIM
BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR
 
HADIAH KEMENANGAN TEMPAT KE-2